26 November - Jamuan Raya Alumni SAMBEST (semua batch)


Written on October 31, 2005 – 8:50 pm | by soleh

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Agama Menengah Bestari JAIS (Alumni SAMBEST) akan mengadakan Jamuan Hari Raya Alumni SAMBEST. Butiran majlis tersebut adalah seperti berikut :

Tarikh : 26 November 2005

Tempat : SAMBEST

Jamuan akan diadakan pada waktu malam. Tetapi anda digalakkan datang awal (siang) untuk tujuan gotong-royong memasak hidangan bersama-sama guru-guru dan pelajar-pelajar SAMBEST (calon SPM 2005). Juga akan diadakan sukan antara batch pada hari tersebut (petang la… takkan nak main lepas jamuan pulak).

Harap dapat maklumkan kepada sahabat-sahabat alumni yang lain. Kehadiran anda semua amat kami harapkan. Sebarang masalah atau pertanyaan bolehlah rujuk kepada laman web rasmi Alumni SAMBEST ( http://www.sambest.net ) atau mana-mana MT Alumni SAMBEST yang telah anda lantik.

Harap maklum.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

Sekian.

FIRDAUS BIN SALLEHUDDIN

Presiden Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Agama Menengah Bestari JAIS Subang Jaya



Post a Comment