Kisah orang yang perasan


Written on June 22, 2005 – 10:41 pm | by soleh

Tersebutlah alkisah pada pagi tadi aku mendapat 2 offline message dalam YahooMesengger setelah aku login pada pukul 9 pagi selepas aku pulang daripada bersarapan. Arakian isi kedua-dua message tersebut adalah tazkirah daripada seorang kenalanku. Lalu aku copy kan salah satu hadis tersebut dan menge-send-kannya kepada rakan-rakanku yang lain.

Maka tersebutlah sebuah ceritera dimana pada tengahari ini dalam pukul 12 tengahari lebih, telah bertanya seseorang kepadaku. Apakah maksud hadis tersebut. Lalu aku huraikannya dengan panjang lebar walaupun tidak habis syarahnya. Lalu dia bertanya, mengapakah aku send tazkirah ini kepadanya. Lalu ku menerangkan situasi seperti yang aku ceritakan di atas. Apakah salah aku menge-send-kannya kepada rakan-rakan? maka, oleh sebab seorang sahabatku telah mengajak pergi makan tengahari, maka aku pon logout daripada YM.

Setelah pulang daripada makan tengahari, maka aku pon login YM semula. Maka terdapatlah 2 offline message daripada orang yang bertanya tadi. Katanya.. “Thank. but kenapa saya?”. dalam hati aku, bengong sungguh org ini (sakit ati ma.. tanye mende same banyak kali). apekah dia ingat aku menghantarnya kepada dirinya seorang? cube laa cek dgn org lain. sume dapat same je. ampess tul la. Tak de nye aku nak buang mase camtu. lelagi dgn org yg aku tak kenal.

Hmm.. arakian.. sekarang telah pon masuk waktu solat zohor.. jom kite gi solat zohor berjemaah. Tak yah layan orang2 macam ni. buang mase. perasan lebih.



  1. 3 Responses to “Kisah orang yang perasan”

  2.   By -AbDiLa- on Jun 23, 2005 | Reply

    ok. aku dah komen. sekian.

  3.   By Maza on Jun 23, 2005 | Reply

    marahkn sape lak ni daus??sape yg t’babit,jgn risau…sbb sy dh slalu kena sound…daus ni walaupun garang skit, tp ape yg dia kata btl…tp itulah,manusia b’beza2 cara, berbeza2 pendapat..dgr kata nk samung master, moga b’jaya.

  4.   By Narumi Ayumu on Jun 27, 2005 | Reply

    hmm.. marahkan alien.

Post a Comment