Di bawah dan di atas, di kedua-duanya
Written on October 28, 2009 – 12:47 pm | by soleh
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Lama aku tak update blog (aku) ni. Aku memang nak update blog aku, tapi tak berkesempatan. Sebenarnya, aku cadang nak buat blog rasmi di www.firdauslabs.com , tapi time aku (ade mood) setup blog kat page tu, sistem ade problem plak. tapi hari ni aku test ok plak… tapi nak cepat, update sini dululah. nanti ade mase aku siapkan firdauslabs tu. Cadangnya, pengisiannya lebih kpd sains dan teknologi (terutama IT la)
Baru-baru ni aku sibuk study untuk renew professional certification aku, Cisco Certified Network Professional (CCNP) yang sepatutnya akan tamat 30hb Oktober 2009 ni. Alhamdulillah, aku amek paper CCDP (Cisco Certified Design Professional) dan lulus dengan markah 860/1000 (markah lulus 804/1000), yang mana pada asalnya aku target markah 1000/1000 (lulus dgn cemerlang, kate bos2 kat company lame aku). So, tempoh kelayakan sijil CCNP aku telah di’extend’kan selama 3 tahun, iaitu sehingga 21 Oktober 2012. Tapi dapatkan CCDP pulak, aku kene lulus 1 lg paper.. So, kesimpulannya, skrg ni aku masih sibuk study untuk dapatkan CCDP dan juga Specialist Certification - Cisco Security Solutions and Design Specialist, insya’Allah. Aku target paling lambat pun, pertengahan tahun depan la (skali dgn exam CCIE writen - kalu ade duit). Lepas tu nak fokus study utk lab CCIE plak (bajet laa), since ramai geng nak wat CCIE, tu pasal aku pon teruja same. tapi fulus kene ade jugak, at least RM 10k utk amek exam…..
Alamak, panjangnya… tu baru intro pasal aku study.. tak citer pasal projek yg (bakal) aku handle skrg ni - FTTH (fiber optic to the home) ataupun name laennya Metro-e. Projek TM ni, utk replace DSL yg ade skrg ni. tak nak citer panjang2, aku tak handle cabling. team aku handle routing & switching metro-e tu. So, TM target mende ni siap dalam 3 tahun ni… tp kitorg (team aku - mesiniaga ade 2 team) x start wat ape2 lg menunggu team yg 1 lg tu.. so, tu pasal aku amek peluang utk study…. Ok setel intro.
Di bawah, di atas, dan di kedua-duanya
Hidup ini bagaikan putaran roda, kadang kala kita di atas dan kadang kala kita di bawah, dan (ada sebahagiannya yang menambah) selalunya kita di bawah. Ini kata2 yg selalu kita dengari dan bualkan tatkala berlaku lebihan nikmat dan musibah.
Mungkin kita sedar, mungkin kita tidak, kadang kala (mungkin juga sentiasa) kita berada di kedua-duanya. Kita terasa berada di atas, dan pada yang sama sebenarnya kita juga berada di bawah, dan kadang kala kita terasa berada di bawah, dan pada yang sama kita berada di atas (lalu sebahagiannya berkata: “itulah hikmahnya”).
Mengingati kisah dan kenangan silam, time belajar di UPM dulu. Aku mungkin bukan pelajar cemerlang dari sudut anugerah dekan dan pointer / CGPA. Aku *fail dalam beberapa subjek (*3 subjek rasanya), dan namaku tertampal di papan kenyataan fakulti. Malu? hmm…. (no komen).
Tapi… aku grad pada masanya. Aku repeat paper tapi aku tak extend semester dan aku tak menambah beban family aku. Nampak? aku berada di bawah (fail atau kata kasarnya, gagal) tapi aku konvo pada masa yang sepatutnya (boleh kate berada di atas).
pastu…. (ada lagi..), final sem, aku lambat hantar tesis, so result aku keluar lambat, sepatutnya bulan 4 @ 5, tapi aku nyer keluar bulan 8 (dan bulan 9, konvo!).
Tapi… bulan 5 tu aku dah bekerja dah (jadi R.A kat ITMA UPM, lab robotic tuh!..), kirenya aku org yg pertama bekerja selepas abis blajar dalam batch aku. See?… Sekali lagi..
Kemudian, sebahagian daripada batch aku telah bekerja dan mendapat gaji lebih daripada aku. julat gaji fresh grad RM 1,200 - 2,500 sebulan dan rata2 gaji adalah RM 1,800. Gaji R.A. kat UPM sekitar RM 1000 sahaja, di UM pun tiada pertambahan yang banyak (seperti yang digambarkan semasa sesi temuduga).
Tapi… kemudian dan kemudiannya.. semasa bekerja di sigtech, pendapat bulanan aku mencecah hampir RM 4k sebulan (lebih kurang), angka yang agak besar bagi fresh graduate yang baru grad setahun (lebih kurang). Duit ni la aku simpan untuk kawen
:P. Aku rasa, aku org pertama yg merasa gaji banyak ni dari kalangan batch aku. Sebelum Asma’ (1st class degree FSKTM UPM - batch aku.. erk 1 sekolah, 1 U, 1 kolej naseb baek bukan 1 bilik.. sori.. gurau jek!) dgn geng2 dia balik dari india, under company ape ntah, tak ingat. tapi company tu base kat india, handle banyak sistem2 komputer gomen. basic, kalu x silap, gaji minima 3.5k RM. kene rujuk dgn asma’ la.
Ok la. sampai sini je la. Kang org kate aku riyak plak. Cukuplah contoh2 peristiwa yg terjadi kat aku ni. tapi ni semua contoh materialistik. Dari sudut rohani, pepandailah kite cek sendiri.
Kesimpulan daripada kes ni, pertamanya, Allah itu maha adil, keduanya hendaklah kita bersyukur selalu atas segala nikmat pemberianNya, ketiganya, tak perlu dengki dengan kelebihan org laen, sbb Allah dh sediakan hak kite masing2. Yg penting, kita usaha, then usaha lagi, kemudian doa dan tawakkal, dalam ape jua perkara yg membawa kebaikan. Insya’Allah.
Akhir kalam, aku mintak maaf atas kekurangan dan kesilapan aku dalam penulisan ni dan harap di maafkan dan diperbetulkan. Bersama2 kta berpesan2 dgn kebenaran dan kesabaran. Insya’Allah.
Wallahu a’lam.
Nota: *Syarat utk dpt degree sains komp. > 100 jam kredit. Rata aku amek subjek 18 jam kredit atau lebih setiap semester + 4 jam kredit utk LI time cuti semester. Aku plan, final sem sepatutnya aku amek 9 - 12 jam kredit je (6 jam kredit ut projek @ tesis, 3 + 3 utk subjek teras), so aku target, bole la aku keje full time mase final sem tu. Tapi takde rezeki, so mase yg lebih tu diganti dgn kelas paper yg kene repeat. huhuhu… Total jam kredit aku = 106-109 (x sure, kene tgk transkrip). Seriuslee, mmg ade org terkejut nampak muke aku mase konvo. diorg x percaya.. Wallahu ‘Alam.